Monday 13 June 2016

RESIPI 003: Rendang Sheperd Pie The Canteen by Chef Adu style (+Pesan Chef)

Bahan Rendang:
500gm daging kambing (buang lebihan lemak dan dipotong dadu kecil)
3 batang serai (ketuk)
2 biji kelapa parut (ambil santan)
1 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit (hiris halus)
Sedikit garam
Sedikit gula Melaka (sagat)
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar:
13 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 cm lengkuas
1 mangkuk kecil cili boh

Bahan Kentang Putar:
500 gm kentang (rebus dan lenyek)
50 gm mentega
100 ml krim
Sedikit garam dan lada sulah

Cara-cara:
1) Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masak.

2) Masukkan santan, daging dan serai. Dikacau selalu supaya tidak hangit di atas api sederhana selama 1 jam.

3) Kemudian masukkan kerisik dan masak lagi sehingga empuk. Pastikan dikacau selalu.

4) Apabila daging sudah empuk, masukkan garam, gula Melaka dan daun kunyit. Kacau sebati dan reneh seketika. Matikan api dan sejukkan sedikit.

5) Masukkan rendang ke dalam mangkuk pie tahan ketuhar dan ratakan menggunakan belakang sudu. Ketepikan.

6) KENTANG PUTAR: Satukan kesemua bahan kentang putar, kacau sehingga sebati di atas api sederhana. Sejukkan.

7) Masukkan kentang putar ke dalam 'piping bag' dan paip keluar kentang putar di atas rendang sehingga menutupi seluruh permukaan rendang.

8) Akhir sekali, bakar dalam ketuhar pada suhu 180 Celcius sehingga kentang keperangan. Setelah masak bolehlah hidangkan.

PESAN CHEF: Sheperd Pie merupakan hidangan Inggeris yang popular. Ianya dipanggil 'Sheperd' jika menggunakan daging kambing. Jika daging lembu, ia dipanggil 'Cottage' pie.

Kredit imej: Majalah SAJI keluaran Mei 2016 (Bil. 246).

No comments:

Post a Comment